1941–1945: Perang Dunia Kedua Walt_Disney

Disney bersama sekumpulan juruanimasi dihantar ke Amerika Selatan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat pada tahun 1941 sebagai salah satu langkah dalam Dasar Jiran Baik, di samping dijamin kewangan untuk filem Saludos Amigos yang dirakam di benua itu.[60]

Tidak lama selepas keluarnya filem Dumbo pada Oktober 1941, Amerika Syarikat terjebak dalam Perang Dunia Kedua. Tentera Amerika Syarikat mengkontrakkan kebanyakan kemudahan studio Disney dan mengarahkan kakitangannya untuk menghasilkan filem-filem latihan dan arahan untuk bala tenteranya, filem-filem yang bertujuan menaikkan semangat rakyat seperti filem pendek Der Fuehrer's Face dan filem cetera Victory Through Air Power pada tahun 1943. Walaupun begitu, filem-filem ketenteraan tersebut tidak mendatangkan pendapatan, sementara filem cetera Bambi kurang mendapat sambutan ketika dikeluarkan pada bulan April 1942. Disney berjaya mengeluarkan semua filem Snow White pada tahun 1944, menandakan bermulanya tradisi mengeluarkan semula filem cetera Disney selepas tujuh tahun. Pada tahun 1945, filem The Three Caballeros menjadi filem animasi cetera terakhir oleh Disney sepanjang zaman peperangan.

Pada tahun 1944, William Benton, penerbit Encyclopædia Britannica, gagal dalam rundingan dengan Disney untuk menghasilkan sebanyak enam hingga 12 filem berunsur pendidikan setiap tahun. Disney diminta oleh Penyelaras Hal Ehwal Antara Amerika untuk membikin filem pendidikan mengenai Lembangan Amazon, maka terhasilnya filem pendek The Amazon Awakens (1944).[61][62][63][64][65]

Rujukan

WikiPedia: Walt_Disney http://www.mbam.qc.ca/disney/index_en.html http://www.allacademic.com/meta/p114070_index.html http://www.anaheimwalkofstars.com/index.php http://www.animationusa.com/resources/aboutdisney.... http://www.animationusa.com/resources/aboutwb.html http://www.awn.com/mag/issue2.4/AWNMag2.4.pdf http://www.bcdb.com/bcdb/cartoon.cgi?film=15&m=r http://www.britannica.com/eb/article-9096160/Donal... http://www.britannica.com/eb/article-9106382/Fleis... http://www.findagrave.com/cgi-bin/fg.cgi?page=gr&G...